PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berbuka puasa bersama warga petani, penternak dan nelayan di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini.
Antara yang hadir ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Turut hadir, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob.
Majlis yang dihadiri hampir 500 tetamu itu turut dihadiri anak yatim dan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Nur Ain di Bangi, Selangor.
Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra serta bergambar bersama mereka.
Ismail Sabri kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah. – MalaysiaGazette