GEORGE TOWN – Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas terjun di Kilometer 2.0 Jambatan Pulau Pinang arah pusat bandar menuju ke Perai, hari ini.
Wanita berusia 47 tahun itu dilihat orang awam terjun pada jam 1.35 tengah hari dengan meninggalkan kereta miliknya jenis Perodua Myvi berwarna perak
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Hirman Mat Rodzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melihat kejadian pada pukul 1.41 tengah hari.
“Sebaik tiba di lokasi kita dapati kereta mangsa berada di lokasi berhampiran tempat dia didakwa terjun.
“Pemeriksaan juga mendapati mangsa meninggalkan dokumen peribadinya di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamatkan mangsa sedang dilakukan dengan bantuan Polis Marin. – MalaysiaGazette