Home Seni Hidup Nasib bekas pengamal media dapat perhatian

Nasib bekas pengamal media dapat perhatian

Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, Dato' Ruhaidini Abdul Kadir mengetuai ziarah kasih bekas jurugambar Utusan Malaysia, Ghazali Basri di Taman Jati, Rawang, Selangor.

ZIARAH KASIH… Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri menziarahi bekas pengamal media khususnya mereka yang uzur.

Kumjungan yang diketuai oleh Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, Dato’ Ruhaidini Abdul Kadir menziarahi bekas jurugambar Utusan Malaysia, Ghazali Basri di Taman Jati, Rawang, Selangor pagi semalam.

Ghazali, 53, yang mempunyai enam anak disahkan mengidap dimensia sejak beberapa tahun lalu tidak mampu bekerja.

Dia yang hilang mata pencarian selepas Kumpulan Utusan ditutup 2019 hanya mengharapkan dua anaknya untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Yang hadir sama, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Azmi Tarmizi dan Pegawai Khas Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Azran Fitri Rahim.

Bersama isteri Allahyarham Datuk Baharom, Datin Noor Fuzana Yaakub (dua dari kanan).

Turut diziarahi keluarga Allahyarham Dato’ Baharom Mahusin dan Allahyarham Dato’ Jalil Ali. Kedua-dua mereka adalah bekas Ketua Pengarang Sinar Harian.

Bersama isteri Allahyarhan Datuk Jalil Ali, Datin Sharifah Nooraiya Syed Hassan (kanan).

Dalam masa sama, Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Kelab Media Putrajaya telah menyalurkan sumbangan kepada 30 orang pengamal dan bekas pengamal media yang kurang berkemampuan di seluruh negara. – MalaysiaGazette