ECUADOR – Superstar bola sepak dunia, Lionel Messi membuka gol hatrik untuk memastikan Argentina layak ke Piala Dunia Rusia 2018.
Pemain antarabangsa berusia 30 tahun itu bangkit menyelamatkan pasukannya daripada gagal mara ke kejohanan berprestij dunia itu.
Argentina berada dalam krisis sepanjang pusingan kelayakan piala dunia sehingga memerlukan kemenangan wajib ke atas Ecuador untuk mara ke temasya empat tahun sekali itu.
Magik Messi meledakkan gol hatrik berjaya menangkis segala spekulasi yang mahu Argentina tersingkir daripada layak ke Rusia 2018.
Argentina pernah menjulang Piala Dunia sebanyak dua kali sahaja dan kemenangan malam tadi menyelamatkan pasukan naib Johan edisi 2014 itu tersingkir buat kali kedua.
Pasukan itu bertemu Ecuador dalam perlawanan terakhir kelayakan piala dunia dengan menduduki tempat keenam dalam kumpulan dan memerlukan kemenangan berwajib.
Argentina dikejutkan pada minit awal apabila Ecuador membuka jaringan seawal 40 saat menerusi Romario Ibarra sejurus selepas perlawanan bermula.
Pun begitu Messi berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol penyamaan pada minit ke 12 diikuti dua gol. – MalaysiaGazette