Home Sukan Arjen Robben gantung boot

Arjen Robben gantung boot

Arjen Robben melambai tangan kepada peminat Belanda mengucapkan selamat tinggal selepas megumumkan persaraanya malam tadi. The Sun

AMSTERDAM – Bintang Bayern Munich mengejutkan dunia bola sepak malam tadi apabila mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa.

Pemain sayap Bayern Munich itu membuat keputusan mengantung boot selepas Belanda gagal layak ke Piala Dunia Rusia 2018.

Ia disifatkan sebagai prestasi terburuk Oranje sejak kali terakhir pasukan itu menamatkan saingan Piala Dunia di tempat ketiga pada tahun 2014.

Dua gol kemenangan dalam penampilan akhir bersama pasukan kebangsaannya dalam aksi kelayakan akhir piala dunia menentang Sweden gagal menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir.

Belanda turun dengan misi sukar wajib menang dengan perbezaan tujuh gol malam tadi di Amsterdam.

Bercakap selapas perlawanan, Robben berkata:” Saya bersara dari bola sepak antarabangsa, mahu fokus kepada kelab saya Bayern Munich.

“Tiba masanya menyerahkan tugas kepada generasi,” katanya.

Arjen Robben bersara dari dunia bola sepak antarabangsa setelah pasukan Belanda gagal layak ke Rusia 2018 malam tadi. The Sun

Robben merupakan pemain utama Belanda sejak dia beraksi pada usia 19 tahun dalam aksi persahabatan menentang Portugal pada tahun 2003.

Robben beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia dan tiga kejohanan Eropah bersama Belanda.

Dia pernah membantu pasukan kebangsaan mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 sebelum tewas kepada Sepanyol 1-0. – MalaysiaGazette