MADRID – Real Madrid dilaporkan semakin hilang sabar dengan masalah kecederaan Gareth Bale dan mahu menjual bintang Wales itu.
Gergasi La Liga itu dikatakan menetap harga yang sama ketika Bale dibeli pada 2013 iaitu £86 juta (RM479.35 juta).
Bale menyertai Santiago Bernabeu selepas perpindahan daripada Tottenham.
Bagaimanapun, sejak musim lalu dia berdepan nasib malang akibat kecederaan yang dialaminya.
Pemain berusia 28 tahun itu kini bergelut dengan masalah yang dihadapi pada betis kiri sehingga dia terlepas dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 untuk bertemu dengan Georgia dan Republik Ireland.
Kelab gergasi Liga Perdana itu dikaitkan dengan perpindahan Bale pada musim panas lepas tetapi pemain itu memilih kekal untuk berada di Sepanyol. – MalaysiaGazette