Home Seni Hidup Program NOIR Prihatin aktif sepanjang Ramadan

Program NOIR Prihatin aktif sepanjang Ramadan

Program Noir Prihatin memberi sumbangan kepada Anak Yatim & Penjaga Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Ramadan yang mulia ini tidak hanya memberi tumpuan sumbangan kepada anak yatim dan golongan asnaf namun petugas barisan hadapan turut diberi bantuan dan agihan berbuka puasa.

Usaha murni itu dilakukan Noir Health & Beauty Sdn Bhd (Noir) apabila syarikat Bumiputera yang mengeluarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik itu menyantuni petugas di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

Dikenali Program NOIR Prihatin, ia bermula dengan aktiviti agihan juadah berbuka puasa percuma di bazar sekitar Lembah Klang seperti di Bazar Ramadan Kota Damansara, Bandar Kinrara, Pantai Dalam dan sekitar ibu kota.

“Menghampiri akhir Ramadan, Program Noir Prihatin dipergiatkan lagi dengan aktiviti agihan juadah berbuka puasa kepada golongan kurang bernasib baik di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit.

“Golongan anak yatim juga tidak terkecuali apabila seramai 31 anak yatim dan tujuh penjaga Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, Kota Damansara diraikan pada Majlis Iftar Noir Bersama Anak Yatim,” kata Noir dalam satu kenyataan.

Program Noir Prihatin dipergiatkan dengan aktiviti agihan juadah berbuka puasa kepada golongan kurang bernasib baik di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit.

Sementara itu, Majlis Iftar Noir diadakan di Wisma NOIR, Kota Damansara itu diserikan lagi dengan penyampaian hadiah Peraduan Cantik & Menang kepada Normah Mohd Yaman yang terpilih sebagai pemenang sulung bagi peraduan itu dengan membawa pulang hadiah RM10,000 tunai.

Peraduan Cantik & Menang dilancarkan sempena dengan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 yang menyaksikan NOIR sebagai penaja utama program hiburan berprestij itu.

NOIR Health & Beauty diasaskan Eriyca Baiduri atau lebih sinonim dengan panggilan Madammu yang juga penaja utama AJL ke-36 pada Mac lalu. – MalaysiaGazette