Home Utama Rakyat dijemput ke rumah terbuka PM, Kabinet Ahad ini

Rakyat dijemput ke rumah terbuka PM, Kabinet Ahad ini

Ismail Sabri Yaakob Prime Minister Aidilfitri Raya Open House Seri Perdana Complex
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Selepas hampir dua tahun tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan anggota Kabinet rakyat dijemput untuk meraikannya bersama-sama di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Ahad ini.

Hadirin diminta untuk memakai pakaian yang kemas dan sopan. Mereka juga digalakkan untuk memakai pakaian tradisional kaum masing-masing.

Bagaimanapun hadirin dilarang sama sekali memakai seluar pendek bawah paras lutut, skrit pendek atas paras lutut, baju tidak berlengan, memakai seluar jeans koyak dan berselipar.

Orang ramai yang tidak mematuhi etika berpakaian boleh menyebabkan mereka tidak dibenarkan masuk ke Kompleks Seri perdana.

Turut disediakan adalah perkhidmatan bas percuma ke majlis tersebut yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

 

Pengunjung digalakkan untuk menjaga keselamatan dan kawalan kendiri walaupun prosedur operasi standard (SOP) telah dilonggarkan iaitu tidak lagi perlu memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan fizikal di tempat terbuka.- MalaysiaGazette