SAO PAULO – Tujuh terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam satu nahas bas mini yang dalam perjalanan membawa pesakit warga emas di Parana, Brazil.
Bas mini terbabit dilaporkan terbabas dari lebuh raya di kawasan hutan berhampiran bandar Marechal Candido Rondon, 163 kilometer dari bandar Foz do Iguazu, di sempadan Paraguay dan Argentina.
Menurut media tempatan Zyri, pesakit-pesakit sepatutnya berjumpa doktor pakar di hospital bandar lain.
Jurucakap bomba, Carlos de Gerais memberitahu media tempatan, pihaknya masih belum dapat mengenalpasti jika ada lagi mayat lain.
“Ada juga yang cedera parah tetapi kita belum dapat berikan apa-apa angka lagi,” katanya.
Di fahamkan kejadian berlaku selepas permandangan agak kabur di atas kawasan pergunungan sehingga terbabas di kawasan hutan itu.
Ini juga bukan insiden pertama sebaliknya pada Mac lepas, kemalangan seumpama ini berlaku dengan 11 mati dan 20 cedera parah dalam sebuah bus mini. – Zyri (https://www.zyri.net/2022/05/02/tragic-accident-in-southern-brazil-at-least-seven-dead-and-eight-injured-when-a-bus-derailed-and-fell-off-a-cliff/)