Home Seni Hidup Pukul bekas isteri, Jonny Depp hilang pendapatan AS$22.5 juta

Pukul bekas isteri, Jonny Depp hilang pendapatan AS$22.5 juta

Jonny Depp dan Amber Heard yang saling berbalas fail saman fitnah antara satu sama lain.

LOS ANGELES – Pelakon terkenal filem blockbuster Pirates of the Caribbean kehilangan pendapatan kira-kira AS22.5 juta selepas Disney bertindak mengeluarkan ‘Captain Jack Sparrow’ dari projek tersebut.

Disney bertindak demikian selepas Depp didakwa telah melakukan keganasan rumah tangga terhadap bekas isterinya, Amber Heard yang juga merupakan seorang kolumnis di Washington Post, selain berlakon dalam filem Aquaman.

Bagaimanapun, Depp dikatakan telah memfailkan saman fitnah AS$50 juta terhadap Heard yang dikahwininya selepas penggambaran filem ‘The Rum Diary’ pada 2015 namun bercerai pada 2017.

Heard kemudian membalas saman fitnah dengan menyaman semula Depp dengan nilai sebanyak AS$100 juta dengan dakwaan lelaki itu telah melakukan penderaan fizikal terhadapnya ketika masih bergelar suami isteri.

Ketika perbicaraan berprofil tinggi berkaitan dakwaan itu semalam, salah seorang ejen Depp, Jack Whingham mendedahkan Heard telah menulis tentang Depp dalam kolum di siarkan dalam Washington Post yang dikatakan membawa bencana buruk kepada kerjaya pelakon terbaik lelaki itu.

Ini kerana Disney telah membatalkan projek edisi ke-6 filem Pirates of the Caribbean dengan Depp untuk muncul dalam filem tersebut.

Sebelum ini Depp telah menafikan sebarang penderaan fizikal terhadap bekas isterinya sebaliknya mendakwa wanita itu yang melakukan keganasan terhadapnya.

Seorang anggota keselamatan Depp, Travis McGivern ketika memberikan keterangannya mendakwa pasangan itu sering bergaduh di kediaman mereka di Los Angeles dan salah satu insiden yang di ingatinya Heard pernah menumbuk, meludah serta membaling tin ke arah Depp. – NY Times