Jika dahulu jasad dan jiwanya begitu jauh dengan Al-Quran, namun selepas dua bulan menjalani hukuman penjara, segalanya berubah. Kelas Al-Quran yang diikuti, memberi kesan kepada jejaka berusia 24 tahun ini. T
anpa malu, dia mengakui masih merangkak-rangkak untuk membaca tetapi ia tidak mematahkan semangat untuk mendekatkan diri dengan kitab suci.