SEOUL – Korea Utara melepaskan peluru yang tidak dikenal pasti ke arah laut di luar pantai timurnya, kata tentera Korea Selatan pada hari Rabu.
Bedilan itu dilepaskan kira-kira seminggu selepas Korea Utara berikrar untuk membangunkan pasukan nuklearnya “pada kelajuan sepantas mungkin”.
Pelancaran itu menandakan ujian senjata utama ke-14 Korea Utara tahun ini, dilakukan beberapa hari sebelum Presiden Korea Selatan yang baharu dipilih Yoon Suk-yeol memegang jawatan pada 10 Mei.
Butiran peluru itu, termasuk julat penerbangan dan ketinggiannya, tidak dapat dipastikan.
Namun, Pengawal Pantai Jepun berkata, ia boleh jadi peluru berpandu balistik.
Minggu lalu, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berjanji untuk mempercepatkan pembangunan senjata nuklear negaranya sambil mengawasi perarakan tentera yang besar ketika rundingan menghentikan program nuklear dengan Amerika Syarikat masih terhenti.- Reuters