Home Nasional Pemandu Toyota Alphard dibebaskan dengan jaminan polis

Pemandu Toyota Alphard dibebaskan dengan jaminan polis

A road bully at the KL-Karak Highway near Genting Sempah has been remanded by the police for three days to assist in police investigation under Road Transport Act 1987. White toyota alphard
A road bully at the KL-Karak Highway. Pembuli jalan di KL-Karak yang ditahan reman sejak Isnin lalu dijamin polis hari ini selepas selesai dirakam keterangan daripadanya.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu Toyota Alphard yang ditahan reman bagi membantu siasatan polis kerana dipercayai memandu secara berbahaya di lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah, dekat sini, pada awal minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, suspek dibebaskan pada petang ini selepas selesai proses mengambil keterangan.

“Sebelum ini suspek telah direman selama tiga hari sejak Isnin lalu untuk membantu siasatan selepas insiden itu tular di media sosial pada Ahad lalu,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.

Sementara itu, menurut Azman, kertas siasatan kes buli yang membabitkan suspek berusia 43 tahun itu akan dilengkapkan pegawai penyiasat JSPT sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Pada Ahad lalu, polis mengesan penularan video berdurasi 2 minit 25 saat di laman Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang dipandu secara berbahaya di KM 25.1–KM 27.5 Lebuhraya Karak arah Genting Sempah.

Dalam rakaman tersebut, pemandu MPV itu didapati cuba memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan selain didapati menghalang laluan dengan berhenti secara mengejut secara menyerongkan kenderaannya dengan niat melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya lain. – MalaysiaGazette