Home Dunia Sekurang-kurang 18 maut hotel meletup

Sekurang-kurang 18 maut hotel meletup

Foto: Twitter USAS - History, Travel, Tech, Equality

HAVANA – Sekurang-kurangnya 18 maut dan lebih 60 orang dimasukkan ke hospital apabila satu letupan menggegarkan salah sebuah hotel paling eksklusif lima bintang di Cuba.

Letupan di Hotel Saratoga di bandar Havana Lama mungkin berpunca daripada kebocoran gas, menurut para pegawai.

Bangunan lima tingkat sedia untuk dibuka semula dalam tempoh empat hari selepas pra pandemik itu kini musnah dengan kebanyakan dindingnya runtuh., lapor BBC.

Operasi mencari dan menyelamat untuk menjejaki mereka yang pererangkap di bawah runtuhan bangunan sedang dilakukan.

Presiden Cuba berkata, mereka yang terkorban termasuk seorang wanita yang hamil dan seorang kanak-kanak.

Mereka yang cedera dirawat di hospital berhampiran.
Yazira de la Caridad yang tinggal berhampiran lokasi kejadian memberitahu CBS News bahawa beliau ‘menyangka letupan tersebut adalah gempa bumi’.
Saksi-saksi berkata, mereka melihat kepulan asap hitam dan habuk naik ke udara berikutan letupan tersebut.
Sebuah sekolah yang terletak di belakang hotel tersebut tidak terkesan dengan para pegawai mengesahkan semua kanak-kanak selamat dibawa keluar.

Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel melawat tempat kejadian yang mana ia terletak bertentangan dengan bangunan kongres kongres lama.

“Ia bukan disebabkan oleh bom atau serangan, ia merupakan insiden yang malang,” katanya.

Hotel Saratoga ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian semasa pandemik Covid-19.

Bangunan yang dibina pada abad ke-19 itu sering menerima kunjungan selebriti seperrti Madonna, Madonna, Beyonce and Mick Jagger semasa ketegangan hubungan antara Havana dan Washington semakin berkurangan semasa pentadviran Presiden Barack Obama. – Agensi

(https://www.bbc.com/news/world-latin-america-61358186)