Home Ekonomi Maevi pantau bil elektrik

Maevi pantau bil elektrik

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini melancarkan ‘maevi’ – sistem pemantauan tenaga dalam talian yang membolehkan pelanggan memantau bil elektrik, mengautomasikan peralatan dan menjaga keselamatan rumah mereka dengan ciri keselamatan maevi.

Pelancaran itu dibuat oleh TNB Energy Services Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat TNB.

Ia boleh didapati melalui plikasi mudah alih (Android dan IOS) dan perkhidmatan web.

Maevi dijangka meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pelanggan menggunakan elektrik dengan cekap melalui masa sebenar dengan pemantauan penggunaan elektrik, pengiraan kos tenaga peralatan elektrik dan pemberitahuan apabila penggunaan melebihi bil yang disasarkan.

TNB dalam kenyataannya berkata, Maevi adalah sistem pengurusan tenaga kediaman yang melengkapi Laporan Tenaga Rumah (HER), program Kecekapan Tenaga (EE) yang bertujuan untuk melibat dan memperkasakan pelanggan elektrik domestik melalui pengurusan penggunaan tenaga di kediaman dan penjimatan wang bagi bil elektrik bulanan mereka.

HER menggunakan sains tingkah laku dan analisis data untuk mencapai objektif kecekapan tenaga. Ia adalah dibiayai oleh Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESITA) dan TNB. – MalaysiaGazette