Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meraikan ribuan tetamu dan pengunjung pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana, Putrajaya.
Majlis bertema ‘Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri’ adalah kali pertama dihoskan beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021.