MANCHESTER – Bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes telah menghadiri temuduga bagi jawatan sebagai pengurus di sebuah kelab di England.
Radio BBC Manchester melaporkan, kelab tersebut adalah adalah dari Liga Satu England iaitu Oldham Athletic.
Scholes, 42, menamatkan kariernya selaku pemain profesional pada 2013.
Dia pernah melakukan 700 penampilan bersama United dan membantu pasukan itu memenangi 11 gelaran Liga Perdana Inggeris.
Sejak bersara, Scholes bekerja sebagai panel pakar sukan di sebuah stesen televisyen.
Dia juga merupakan pemilik bersama kelab Salford City bersama rakannya, Ryan Giggs, Gary dan Phil Neville serta Nicky Butt.
Oldham menduduki tangga ke-19 dalam liga divisyen tiga bola sepak Inggeris itu. – MalaysiaGazette