Home Sukan Beckham dapat pencen £1 juta sebulan

Beckham dapat pencen £1 juta sebulan

David Beckham

LONDON – Ikonik sukan England, David Beckham bersara dari arena bola sepak pada tahun 2013 kini menerima pencen kira-kira £1 juta sebulan.

Jumlah itu didedahkan oleh syarikat hak cipta imej, Footwork Productions Ltd yang dilaporkan memperoleh £35,000 sehari untuk dirinya.

Bekas bintang Manchester United yang kini berusia 42 tahun bersara pada usia 38 tahun.

Menurut akhbar The Sun, Beckham juga meraih pendapatan £12.7 juta tahun lalu selepas menandatangani perjanjian dengan H & M, Adidas dan Haig Club Whisky.

Selain itu, bapa kepada empat anak itu menerima pendapatan tahunannya selama lima tahun yang lalu sebanyak £45 juta. – MalaysiaGazette