MANCHESTER – Manchester United bersedia untuk menawarkan kontrak baharu kepada Jose Mourinho dengan nilai 65 juta pound sterling.
Menurut The Sun, tawaran itu dibuat kerana pihak pengurusan United amat berpuashati dengan prestasi pengendali berusia 54 tahun itu.
Tempoh kontrak baharu itu dikatakan selama lima tahun untuk Mourinho kekal di Old Trafford.
Ketika ini, gaji asas Mourinho sebanyak 250,000 pound sterling seminggu namun dia mendapat kenaikan tambahan dalam pakej baharu itu susulan prestasi cemerlangnya.
Dia mengemudi United memenangi trofi Liga Europa tahun lalu dan memacu pasukan dalam kedudukan terbaik dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.
United turut memenangi dua perlawanan dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di bawah kendalian Mourinho.
Ketika ditanya mengenai situasi kontraknya, Mourinho mengakui dia gembira jika diberi peluang untuk kekal lebih lama bersama United. – MalaysiaGazette