TAIPEI – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda luar pantai timur Taiwan hari ini menggegarkan seketika bangunan di Taipei.
Namun tiada kerosakan dilaporkan.
Gempa itu dirasai di seluruh Taiwan, menurut biro cuaca.
Ia mempunyai kedalaman 27.5km (17.1 batu) dengan pusat gempa di luar pantai timur pulau itu, kira-kira separuh jalan antara daerah Hualien dan pulau Yonaguni di selatan Jepun.
Taiwan terletak berhampiran persimpangan dua plat tektonik dan terdedah kepada gempa bumi.
Lebih 100 orang terbunuh dalam gempa bumi di selatan Taiwan pada 2016, manakala gempa 7.3 magnitud membunuh lebih 2,000 orang pada 1999. – Reuters