Home Nasional Covid-19: Kes meningkat kepada 2,246 semalam

Covid-19: Kes meningkat kepada 2,246 semalam

Seorang petugas kesihatan memberi rawatan kepada pesakit Covid-19 di ICU Hospital Kuala Lumpur. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,246 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam, meningkat sebanyak 88 berbanding 2,153 kelmarin.

Daripada jumlah itu lima kes import.

Laman sesawang COVIDNOW turut melaporkan satu kes kematian semalam, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 35,584.

Sebanyak 22,368 kes masih aktif setakat tengah malam tadi.

Daripada jumlah tersebut 1,065 kes menerima rawatan di hospital dengan 69 kes ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 39 memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette