Home Seni Hidup Anak Neelofa dapat duit raya RM14,000

Anak Neelofa dapat duit raya RM14,000

Foto Instagram Neelofa.

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Neelofa berkongsi kisah putera sulung, Muhammad Bilal yang sudah mengumpul duit raya lebih RM14,020 selepas seminggu menyambut 1 Syawal.

Perkara itu dimaklumkan Neelofa atau nama penuh, Noor Neelofa Mohd Noor menerusi hantaran video di aplikasi TikTok yang mana dia dan Haris mengira duit raya yang diterima Muhammad Bilal sejak 1 Syawal lalu.

Melalui perkongsian video itu, PU Riz berterima kasih pada semua penyumbang yang memberi duit raya kepada permata hati mereka.

“Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal. Sampai ada juga yang beri 1,000 Dirham.

“Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020… Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya.

Bagaimanapun, pasangan itu masih kekal dengan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka apabila meletakkan emoji pada wajah Muhammad Bilal yang dilahirkan akhir Januari lalu. – MalaysiaGazette