Home Pendapat Salahkah Putra bersuara untuk Melayu?

Salahkah Putra bersuara untuk Melayu?

Barisan kepimpinan Putra yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan profesion.

SELAMAT menyambut ulang tahun ketiga penubuhan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Putra adalah sebuah parti yang baharu di pentas politik negara dilahirkan berbekalkan semangat dan jati diri dengan berpegang pada prinsip bersih dan bermoral.

Parti setahun jagung ini istiqamah berjuang menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran untuk keadilan, kemakmuran demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Kelahiran Putra di tengah keserabutan politik yang berpunca daripada kepimpinan dan tadbir urus toksik, pelbagai isu berkaitan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan yang tidak pernah terfikir oleh rakyat marhaen.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah lebih 60 tahun tersungkur dan digantikan dengan kerajaan baru Pakatan Harapan (PH), yang juga turut lingkup dengan hanya sempat memerintah selama 22 bulan sahaja.

Dalam tempoh 22 bulan, kerajaan PH bagaikan kaduk naik junjung yang diterajui DAP mula menunjukkan belang, ghairah, rakus dan “membalas dendam” yang amat dirasai oleh bangsa Melayu.

Bagaikan mana-mana Melayu yang tidak menyokong mereka adalah musuh.

Fitnah, provokasi, manipulasi dan diskriminasi yang bersifat rasis mengeluarkan kenyataan menghiris hati orang Melayu oleh mereka berjawatan menteri dan juga penyokong tegarnya.

Pemimpin Melayu yang bersifat liberal turut menyokong dan menjadi benteng mereka. Bahang kepanasan selama 22 bulan masih dapat dirasai walaupun telah lama berlaku.

Di manakah salahnya Putra bersuara untuk Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan? Semua parti politik yang ada di negara ini diasaskan berdasarkan bangsa dan kaum.

Walaupun katanya parti pelbagai kaum, hakikatnya perjuangan tertumpu kepada kaum masing-masing.

Contohnya DAP dan parti Gerakan, asasnya parti pelbagai kaum, siapakah yang lebih dominasi? Kaum India kaum minoriti, tetapi mereka sangat dominasi dalam DAP dan PKR.

Tidak ada satu kawasan Parlimen dan DUN pun mereka majoriti, tetapi mereka ramai menjadi wakil rakyat yang hanya berjuang dan menuntut dengan lantang kaum mereka. Apakah mereka sedar diri atau tidak?

Mereka berjuang dan menuntut untuk kepentingan kaum sendiri walaupun bertentangan dengan Perlembagaan. Mereka pertikai Hak Istimewa Melayu dan agama Islam yang tercatat dalam Perlembagaan.

Pengalaman 22 bulan mereka menerajui kerajaan, kegelisahan Melayu bagaikan diancam seolah membalas dendam, menyebabkan keadaan inilah memberi keinsafan kepada Putra supaya bersuara lebih lantang sehinggakan dilabel sebagai rasis.

Siapa yang lebih rasis? Mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan atau menuntut yang bukan hak dan mempertikaikan hak Melayu dan kedudukan Islam yang terkandung dalam Perlembagaan?

Jika warganegara sesebuah negara tidak menghormati dan patuh kepada Perlembagaan, apakah yang sepatutnya jenis warganegara?

Mereka pertahankan sekolah vernakular dan menuntut peruntukan walaupun tidak ada dalam Perlembagaan. Mereka boleh membina dan mempertahankan rumah ibadat mereka sesuka hati walaupun menceroboh tanah orang lain.

Mereka menggunakan parti politik untuk mendapatkan kedudukan hanya berjuang dan menuntut untuk kepentingan kaum mereka saja.

Apakah itu bukan rasis? Putra bukan anti kaum, hanya kita semua tidak kira bangsa dan kaum hidup dalam harmoni untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Putra tidak pernah pertikai, apatah iri hati atau dengki terhadap kaum lain yang lebih berjaya daripada bangsa Melayu, tetapi janganlah pula pertikai hak Melayu dan kedudukan Islam dalam Perlembagaan.

Kegawatan dan kepincangan berpunca daripada “kemungkaran politik dan tadbir urus negara” yang dilakukan oleh pemimpin toksik, bukan saja terkait dengan maruah bangsa, tetapi juga terpalit kesucian agama Islam.

Amalan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah serta segala bentuk kemungkaran telah terbongkar bukan rahsia lagi.

Pemimpin Jenis inilah yang terlalu bertolak ansur dan berlemah lembut mengharapkan undi mereka, akhirnya menjadi tohmahan dan kecundang dalam PRU ke 14.

Tulisan ini bukan provokasi, tetapi hanya menyuarakan kebenaran yang “takut dibincang”. Katakan benar walaupun pahit.

Nasir Othman

Penulis, Nasir Othman adalah Pengerusi Badan Perhubungan Putra Pulau Pinang

1 Komen

  1. Padahnya politikus Pak Pandir masih kemaruk undi expats timah dan getah yang menguntungkan ekonomi penjajah Inggeris sehingga majority undi expats timah dan getah menduduki Singapore dan Penang termasuk tanah rizab Melayu istimewa tinggal 12% berbanding tanah Palestine tinggal 30% walaupun dah kebas tanah Uyghur dan tanah Kashmiri. Tengok negara kecil Qatar, UAE, dan Kuwait kutip cukai lebih tinggi daripada baka expats berniaga dan bertanah demi memperkayakan pribumi mereka. Permit kerja 3D jer.

Comments are closed.