Home Nasional Harga RON97 naik 37 sen seliter, RON95 dan diesel kekal

Harga RON97 naik 37 sen seliter, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter kepada
RM3.94 selitar untuk tempoh antara 12 Mei hingga 18 Mei.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 kekal dan diesel kekal masing-masing dijual pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol
RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, seperti mana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. – MalaysiaGazette