KUALA LUMPUR – CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) dan dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) akan menaikkan 25 mata asas yang dalam kadar asas dan kadar akaun-i deposit tetap/pendapatan pulangan tetap mulai 18 Mei ini.
Ia selaras dengan peningkatan kadar polisi semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia semalam.
Menurut CIMB Bank, semua kemudahan pembiayaan berdasarkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) juga akan dinaikkan sebanyak 0.25%. – MalaysiaGazette