KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 meningkat 89 semalam kepada 3,410 semalam berbanding 3,321 kelmarin.
Jumlah itu termasuk lima kes import, sekali gus menjadikan angka kumulatif jangkitan sebanyak 4,433,414.
Empat kes kematian yang direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 35,602.
Data COVIDNOW menunjukkan jumlah kes aktif bertambah 1,976 sehingga lewat malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 26,826
Bagaimanapun, jumlah kes yang dirawat di hospital menurun kepada 1,328 semalam berbanding 1,373 kelmarin.
Daripada jumlah tersebut, 1 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 34 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette