Home Sukan Sukan SEA: Wushu sumbang 2 pingat emas

Sukan SEA: Wushu sumbang 2 pingat emas

Foto FB MSN.

KUALA LUMPUR – Atlet wushu negara, Tan Zhi Yan menghadirkan pingat emas kedua Malaysia dalam sukan itu pada Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Zhi Yan mengumpul 9.71 mata daripada juri sekali gus menyaksikan dia memenangi pingat emas dalam acara taijiquan lelaki di Gimnasium Cau Giay.

Terdahulu, Malaysia meraih emas dalam acara changquan lelaki menerusi Clement Ting sementara Calvin Lee memenangi perak dalam acara ‘nandao’ lelaki. – MalaysiaGazette

Foto FB MSN.