KUALA LUMPUR – India terus membuat kejutan apabila semakin hampir mencipta sejarah untuk menjulang Piala Thomas buat pertama kalinya setelah meraih kemenangan 3-2 ke atas juara 2016, Denmark, di Bangkok, Thailand malam tadi.
Perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Impact Arena itu, perseorangan ketiga mereka Prannoy H.S. muncul menjadi wira selepas menang 13-21, 21-9, 21-12 ke atas Rasmus Gemke, sekaligus mencatatkan kemenangan dramatik terhadap ‘The Valkyrie’.
Sebelum itu, India bangkit setelah ketinggalan untuk mencatat kemenangan ke atas Denmark yang mendapat mata pertama, selepas pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen menewaskan pemain perseorangan utama mereka Lakshya Sen, 13-21, 13-21.
Bagaimanapun pasangan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty menjadikan kedudukan 1-1, selepas mereka mengalahkan pasangan Kim Astrup-Mathias Christiansen dalam satu lagi perlawanan tiga set yang mendebarkan, 21-18, 21-23, 22-20.
Pasukan pilihan itu berjaya mendapatkan mata pertama mereka selepas pemain perseorangan utama mereka Anthony Sinisuka Ginting berjaya mengatasi Kento Momota, 21-12, 14-21, 21-12, dalam perlawanan 81 minit. – MalaysiaGazette