Home Nasional Diskaun10 peratus Lebuh Raya KL-Karak, LPTI sempena Tahun Baru Cina

Diskaun10 peratus Lebuh Raya KL-Karak, LPTI sempena Tahun Baru Cina

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – ANIH Bhd, Syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, menawarkan diskaun 10 peratus ke atas semua kelas kenderaan yang membuat bayaran secara elektronik sempena Tahun Baru Cina.

Pengarah ANIH Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata diskaun bermula dari pukul 12.00 pagi hingga 11.59 malam pada 28 Jan.

Katanya syarikat itu juga menyediakan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna untuk merancang perjalanan ke Pantai Timur di musim perayaan.

“Jika pengguna mematuhi TTA ini, ia secara tidak langsung dapat membantu mengelakkan kenderaan bertembung pada satu masa yang sama di plaza tol, khususnya di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak, hingga boleh menyebabkan kesesakan,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web ANIH di www.anihberhad.com, atau mengikuti laman Twitter @LPTTrafik dan Facebook untuk informasi terkini.

— BERNAMA