KUALA LUMPUR – Setelah wajah beberapa artis tempatan dipaparkan di iklan digital di New York Times Square kini tiba giliran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diberi penghormatan yang sama.
“Bersyukur saya dapat berita hari ini kerana diberi penghormatan apabila wajah saya dipaparkan di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.
“Penampilan saya mewakili negara Malaysia pada papan iklan ini adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify,” tulis.
Kata Siti, 43,, EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.
“Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara. Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura,” jelasnya. – MalaysiaGazette