KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) menafikan pengeluaran sebarang bentuk poster provokasi membabitkan presidennya, Dr. Zamihan Mat Zin yang kini sedang tular di laman sosial.
Menurut satu kenyataan Biro Komunikasi ASWAJA, poster yang bertulis ‘Solidariti #UZ Membantah Sultan Johor dan Lawan Liberal & Cina’ yang mula tersebar pagi tadi jelas cubaan untuk memburukkan lagi imej Zamihan selain jelas membuktikan kumpulan berkenaan cuba memainkan sensitivi perkauman.
“ASWAJA mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan bacul pihak yang mengadakan poster berkenaan yang jelas pengecut kerana tidak berani bersemuka untuk mencari kebenaran. Sebaliknya mengambil kesempatan terhadap isu yang sedang hangat kini.
“ASWAJA akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu dan meminta agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan kerana jelas ia berniat jahat,” katanya kenyataan yang sama.
Zamihan kini ditahan reman oleh polis atas dakwaan menghasut ekoran kenyataannya terhadap Sultan Johor.- MalaysiaGazette
ada yang ambil kesempatan menanggup diair keruh