LUCKNOW – Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak terbunuh dan 45 lagi cedera selepas bas sekolah yang dinaiki bertembung dengan trak di Uttar Pradesh.
Polis berkata, 14 orang kanak-kanak lagi dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Kemalangan itu berlaku pada pagi tadi di Etah, kira-kira 265 kilometer dari bandar Lucknow.
Mangsa-mangsa kemalangan itu berumur antara 3 hingga 12 tahun dan belajar di sekolah tempatan.
Perdana Menteri, Narendra Modi menyifatkan kemalangan itu amat tragis. – MalaysiaGazette