Home Dunia 963 warga AS, termasuk Biden, dilarang masuk Rusia

963 warga AS, termasuk Biden, dilarang masuk Rusia

Foto: FB The Kremlin

ANKARA – Rusia melarang 963 warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Presiden Joe biden dan para pegawai kanan, memasuki negara itu.

Keputusan tersebut merupakan sebahagian daripada ‘langkah tindak balas terhadap sekatan anti Rusia yang berterusan yang dilaksanakan AS’, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Kenyataan yang menyiarkan ‘senarai larangan’ penuh itu meliputi nama-nama yang telah diumumkan sebelum ini seperti Setiausaha Negara, Anthony Blinken, Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin, Ketua Agensi Perisikan Kebangsaan (CIA), William Burns dan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Christopher Wray, menurut agensi berita, Anadolu.

“Kami menekankan bahawa tindakan tidak mesra Washington akan berterusan untuk bertindak balas,” menurut kenyataan itu.

Ia berkata, Rusia mengambil langkah yang menyasarkan kepada tindakan ‘paksaan rejim pemerintahan AS yang cuba melaksanakan peraturan penjajahan baharu yang berasaskan kepada arahan dunia’ untuk seluruh dunia bagi mengubah perlakuan dengan mengiktiraf realiti geo politik baharu.

“Rusia tidak mahukan konfrontasi dan kekal terbuka kepada kejujuran, menghormati dialog, warga AS… daripada pihak berkuasa AS yang mengalami Russophobia dan mereka yang melayaninya. – Agensi

(https://www.aa.com.tr/en/americas/963-americans-including-biden-banned-from-entering-russia/2594266