KUALA LUMPUR – Wira Negara, DSP (B) Kennny James Woodworth yang menumpaskan penjenayah paling dikehendaki Botak Chin dalam kejadian bersejarah 16 Februari 1976 menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya semalam.
Mendiang yang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Mei 1953 dan bersara pada April 1988 meninggal dunia pada usia 89 tahun.
Selain kes Botak Chin, mendiang yang terkenal dengan gelaran 12 Magnificent (kumpulan khas 12 pegawai polis) turut terlibat dalam memerangi pelbagai jenayah besar termasak Kepong Chai.
MalaysiaGazette sempat menemubual Kenny pada Julai 2020 di mana mendiang ketika itu mengimbau segala liku-liku yang dilaluinya sepanjang berkhidmat dalam PDRM termasuk catatan bersejarah menembak Botak Chin.
Sejak kematian isterinya Joan Sylvia Maureen lima tahun lalu, mendiang yang mengidap penyakit buah pinggang mengambil keputusan untuk tinggal di pusat penjagaan persendirian di pinggir ibu kota.
Paparan kisah mendiang Kenny boleh dibaca di pautan iniĀ https://malaysiagazette.com/2020/07/02/eksklusif-kenny-wira-tak-didendang-tumpaskan-botak-chin/.
Mendiang juga meluahkan semangat sayangkan negara yang disifatkan sebagai tempat dia dilahirkan dan di Malaysia juga dia mahu mati menyebabkan mendiang menolak permintaan anak-anak untuk tinggal bersama mereka di luar negara.
Video temubual MalaysiaGazette bersama mendiang Kenny di siniĀ https://www.youtube.com/watch?v=2D8HQhnw-4s&t=151s.
Takziah kepada keluarga mendiang. – MalaysiaGazette