Home Rencana Dua benua bercantum di satu kota

Dua benua bercantum di satu kota

Pengembaraan menaiki bot laju di Selat Bosphorus di waktu pagi dengan udara sejuk 3 darjah selsius di Istanbul semasa lawatan kerja Media Malaysia baru-baru ini.- Pix KUMARA SABAPATTY MALAYSIAGAZETTE

TIADA mana-mana tempat di dunia di mana satu kota bercantum pada dua benua berbeza, Asia dan Eropah.

Sejak awal dari zaman Rom hingga ke hari ini, kedudukan Constantinople dan kemudiannya dikenali sebagai Istanbul telah memainkan peranan penting dari sekecil-kecilnya aktiviti penduduk sekitar sehingga menjadi salah satu pusat yang mencipta sejarah tersendiri.

Penulis yang pertama kali menjejakkan kaki, merasa amat teruja. Semua cerita romantika kota dua benua benar belaka.

Suasana di Taksim Square dibanjiri penjung dan pelancong di kota Istanbul yang tersergam indah dengan lautan Bosphorus semasa lawatan kerja media pertahanan dari Malaysia baru-baru ini.Pix:KUMARA SABAPATTY MALAYSIAGAZETTE

Selat Bosphorus menjadi pemisah antara bahagian Asia dan Eropah, seakan Selat Tebrau yang memisahkan Johor Bahru dengan Singapura.

Bahkan jarak lebih dekat jika diukur dari Galata Bridge yang menghubungkan Eminönü dan Beyoğlu, yang hanya berjarak 490 meter.

Dari siang bawa ke malam, aktiviti di kawasan yang sentiasa penuh dengan orang ramai tidak pernah sunyi.

Masyarakat tempatan menjadikan aktiviti memancing atas jambatan Galata di Selat Bosphorus sebagai rutin harian umpama pesta memancing.

Mereka sanggup datang menunggu dengan joran untuk memancing dari atas jambatan itu seawal 5 pagi sampailah ke tengah malam.

Perkara paling teruja adalah menyelusuri Selat Bosphorus selama tiga jam yang menjadi antara momen terindah berada di bumi Ottomaniyah.

Kesabaran mereka menunggu untuk mendapatkan ikan sepanjang hari menjadi ikonik.

Pada waktu malam, jambatan Bosphorus dengan lampu berwarna warni bertambah elegan dan menyerlah menyejukkan mata pengunjung yang berkumpul di tepi selat.

Di sebalik kecantikan dan kesibukan di Istanbul, ada juga beberapa senario yang kadang-kadang mencetuskan rasa kurang selesa kepada pengunjung kelibat pengemis merayu meminta sedekah.

Bukan sahaja warga tempatan tetapi macam-macam negara ada.

Ketika penulis berada di Eminolu, Galata Tower yang terpacak di Golden Horn satu lagi ikon yang terpacak sejak zaman Byzantine nampak dengan jelas.

Namun, kesempatan yang ada tidak mengizinkan dan masa yang terhad dimanfaat dengan bersantai di Taksim Square.

Pengembaraan menaiki bot laju di selat Bosphorus di waktu pagi dengan udara sejuk 3 darjah selsius di Istanbul semasa lawatan kerja Media Malaysia baru-baru ini.Pix KUMARA SABAPATTY MALAYSIAGAZETTE

Wow! di sini macam-macam ragam manusia dan terasa seperti berada di suatu dunia lain.

Namun, imej lama Ottomaniyah tetap ada di mana-mana walaupun imejnya seakan-akan Oxford Street di kota London.

Kepada yang pertama kali tiba, jangan lupa merasai pengalaman menaiki tram.

Nafsu ingin merasai kehidupan malam di sini tetapi masa menjadi kekangan kerana kami perlu berkemas barang di bilik hotel untuk pulang ke Malaysia.

Tiga hari berada di Istanbul, ibarat celah gigi….

Banyak lagi yang ingin diselusuri.

Selamat tinggal Istanbul.

Turki aku pulang dulu dan nanti akan kembali lagi.

Siri ‘Cintaku Tertinggal di Istanbul’ bertemu titik nokhtah di sini dengan kata ‘Seni özledim istanbul, tekrar görüşmek üzere’! (Aku rindu Istanbul, jumpa lagi). – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Oh Istanbul Kota Dua Benua!