Walaupun hayat Muafakat Nasional (MN) dianggap sebagai ‘nyawa-nyawa ikan’, namun kewujudannnya kerjasama dua parti gergasi antara UMNO dan Pas itu masih diharapkan kekal seperti sedia kala.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengakui beliau masih meletakkan harapan tinggi agar permuafakatan dua parti Melayu-Islam itu dikekalkan walaupun hubungan dua parti politik itu terjejas.