DAKAR – Sekurang-kurangnya 11 bayi baru lahir terbunuh selepas kebakaran memusnahkan wad unit rawatan rapi bayi (neonatal) sebuah hospital di Senegal.
Presiden Macky Sall menerusi ciapannya berkata, kebakaran telah berlaku di Hospital Abdou Aziz Sy Dabakh di Tivaouan.
“Kepada ibu dan keluarga mereka, saya merakamkan rasa simpati yang mendalam,” kata Sall.
Dikatakan hanya tiga bayi dapat diselamatkan.
Setakat ini punca kejadian masih disiasat tetapi para penyiasat percaya kebakaran disebabkan litar pintas. – Agensi