Home Nasional Permohonan Deepak kembalikan saman Najib, Rosmah gagal

Permohonan Deepak kembalikan saman Najib, Rosmah gagal

Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan ahli perniagaan, J. Deepak untuk menyampaikan notis pihak ketiga kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tujuh yang lain dalam kes saman yang difailkan oleh keluarga penyiasat persendirian, mendiang P. Balasubramaniam.
Deepak Jaikishan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini sebulat suara menolak permohanan ahli perniagaan, JR Deepak Jaikishan untuk mengembalikan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan tiga yang lain.

Deepak bersama dua lagi perayu iaitu adiknya, J. Rajesh dan Radiant Splendor Sdn Bhd bertindak memfailkan saman itu atas dakwaan terdapat konspirasi menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Yang turut disaman termasuklah bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, adik lelaki Najib, Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan bekas setiausaha sulit Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh.

Bagaimanapun tiga panel hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf sebulat suara menolak permohonan mereka untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Dalam keputusan hari ini, mahkamah mendapati tiada kesilapan dalam keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang memerlukan campur tangan mahkamah.

Najib Razak bersama Rosmah Mansor.

Untuk makluman, pada September 2018, Deepak bersama Rajesh dan Radiant Splendor memfailkan saman dengan mendakwa defendan telah melakukan tort konspirasi, penipuan, penyalahgunaan proses dan/atau perlakuan yang tidak mengikut undang-undang.

Mereka telah menuntut ganti rugi am.

Bagaimanapun tahun lalu, Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan membatalkan saman tersebut. – MalaysiaGazette