Home Nasional Isteri Wan Junaidi meninggal dunia

Isteri Wan Junaidi meninggal dunia

WhatsApp-Image-2022-05-27-at-8
Datin Seri Feona, 70, disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di Borneo Medical Centre, Kuching, Sarawak.

KUALA LUMPUR – Isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datin Seri Feona Sim @ Norjanah meninggal dunia pada pukul 6 petang tadi.

Datin Seri Feona, 70, disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di Borneo Medical Centre, Kuching, Sarawak.

Allahyarhamah berkahwin dengan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada tahun 1972 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sharifah Fariah, 49; Sharifah Nong-Jasima, 38 dan Sharifah Nuril Barieyah, 29.

Jenazah akan dibawa ke kediamannya dan akan disembahyangkan jam 9 pagi esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang pukul 10.00 pagi esok.

MalaysiaGazettte mengucapkan takziah kepada keluarga Wan Junaidi. – MalaysiaGazette

01ec84f0d9ef235edf263ed3c5a18481?s=150&d=mp&r=g
+ posts