
PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini menjatuhi hukuman denda sebanyak RM2,000 terhadap bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob selepas didapati bersalah memandu di lorong kecemasan.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Muhammad Zaki Abd Kudos selepas selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan keterangan saksi.
Tertuduh, 58, juga dikenakan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.
Yusoff didakwa memandu di lorong kecemasan dalam kereta bernombor plet BLY 68 di Lingkaran Putrajaya, Putrajaya pada jam 6.27 petang, 7 Oktober 2016.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut. – MalaysiaGazette