Home Politik Pemilihan PKR: Rafizi atasi Saifuddin di Melaka

Pemilihan PKR: Rafizi atasi Saifuddin di Melaka

Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menang besar di Melaka bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR mengatasi pesaingnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Rafizi menyapu bersih semua cabang dengan 2,427 undi berbanding yang memperoleh Saifuddin memperoleh 1,468 undi sahaja.

Keseluruhan terdapat 147,334 pemilih di seluruh negara bagi mengundi pucuk kepimpinan PKR yang baharu.- MalaysiaGazette