SEOUL – Tentera Laut Amerika Syarikat dan Korea Selatan hari ini memulakan latihan ketenteraan bersama melibatkan kira-kira 40 kapal perang.
Latihan itu diadakan ketika Korea Utara sedang bersiap sedia untuk melancarkan peluru berpandu.
Latihan itu akan diteruskan pada hari Jumaat ini di kedua-dua belah perairan Semenanjung Korea, menurut seorang pegawai pertahanan Korea Selatan.
Laporan media Korea Selatan pada hujung minggu lalu memaklumkan, kenderaan peluru berpandu Korea Utara “terus muncul dan hilang” dari peta dan “kenderaan pelancar” telah dilihat membawa peluru berpandu balistik dari Pyongyang dan wilayah Pyongan Utara.
“Apa-apa boleh berlaku sebelum konvensyen parti China berlangsung pada 18 Oktober ini dan masa antara pasca latihan dan lawatan Donald Trump di rantau itu,” kaa Shin Beomchul, seorang profesor di Akademi Diplomatik Kebangsaan di Seoul.
Tambah beliau, terdapat kemungkinan bagi Korea Utara untuk melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat, yang tidak membawa sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mengikut sejarah, Korea Utara tidak cenderung melakukan provokasi secara langsung semasa latihan tentera.
Agensi media Korea Utara KCNA pada hari Sabtu lalu mengkritik latihan ketenteraan bersama, ang disigarkan sebagai “tindakan berani mati aksi perang”.
Trump dijadualkan akan mengadakan lawatan di Asia dari 3 hingga 14 November ini.
Unit angkatan Amerika Syarikat yang menyertai latihan ini termasuk USS Stethem, USS Ronald Reagan, dan USS Mustin, Phillip Sawyer, komander Armada ke-7. – MalaysiaGazette