KUALA LUMPUR – Harga minyak meningkat pada awal dagangan Asia hari ini selepas pemimpin Kesatuan Eropah bersetuju untuk mengurangkan 90 peratus import minyak dari Rusia menjelang akhir tahun ini.
Niaga hadapan minyak mentah Brent bagi Julai, yang akan tamat pada hari Selasa, meningkat AS$0.63 kepada AS$122.30 setong pada 0012 GMT.
Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS didagangkan pada AS$117.65 setong, naik AS$2.58 daripada penutupan Jumaat.
Tiada penyelesaian pada hari Isnin kerana cuti umum di Amerika Syarikat.
Larangan import minyak Rusia dijangka mengetatkan pasaran minyak mentah global yang telah pun menghadapi kekangan bekalan di tengah-tengah pemulihan permintaan selepas wabak. – Reuters