KUALA LUMPUR – AirAsia Jepun kini menawarkan penerbangan pertama dari Nagoya ke Sapporo.
Penerbangan dua kali sehari itu bakal bermula pada 29 Oktober ini, menghubungkan Nagoya – hab utama AirAsia di Jepun – ke ibu kota wilayah utara Hokkaido.
Untuk meraikan pengumuman ini, AirAsia menawarkan promosi tambang istimewa dari hanya JPY5 bermula 17 Oktober 2017 (0001h GMT +9) hingga 22 Oktober 2017 (2359h GMT +9) untuk tempoh penerbangan dari 29 Oktober 2017 hingga 24 Mac 2018.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata: “Saya berbesar hati untuk kembali memulakan operasi di Jepun. Ia bukan semudah yang disangka,”.
AirAsia Jepun adalah usaha sama antara AirAsia Berhad, Rakuten Inc, Octave Japan Infrastructure Fund I GK, Noevir Holdings Co Ltd dan Alpen Co Ltd.
Syarikat penerbangan itu mengendalikan dua pesawat A320-200 dari habnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair di Nagoya.
Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia). – MalaysiaGazette