KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 2 Jun hingga 8 Jun 2022.
Kementerian Kewangan berkata, harga RON95 dikekalkan pada paras RM4.70 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing RM2.05 dan RM2.15 seliter.
Menurutnya, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette