Home Seni Hidup Pes masakan mampu hasilkan 400 resipi

Pes masakan mampu hasilkan 400 resipi

Empat pes baharu jenama Ratu Tumis mampu menghasilkan lebih 400 jenis resipi sedap dalam masa yang singkat.

KUALA LUMPUR – Rasa Rosz Sdn. Bhd. melancarkan empat jenis pes baharu jenama miliknya iaitu Ratu Tumis dengan memperkenalkan pes sambal, gulai, sup dan asam pedas dalam usaha menghasilkan masakan dengan mudah, cepat dan pelbagai untuk semua jenis juadah.

Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasasnya, Datuk Seri Rozita Ramelan berkata, apa yang menarik, empat pes itu mampu menghasilkan lebih 400 jenis resipi sedap dalam masa yang singkat.

Menurut beliau, pes Ratu Tumis menggunakan bahan asas yang berkualiti, tanpa bahan pengawet atau pewarna tiruan mahupun bahan pemekat dan memiliki persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kata beliau, tujuan syarikatnya mengeluarkan produk baharu Ratu Pes bagi membantu mereka yang berkerjaya dan orang ramai menjana pendapatan.

“Dalam keadaan sekarang ini, saya pun terfikir juga, apa salahnya saya keluarkan produk dan kongsi segala pengetahuan pengalaman saya berniaga dan juga resipi-resipi daripada arwah moyang saya yang diterapkan di dalam pes Rasa Rosz.

“Saya juga sebenarnya nak membantu peniaga-peniaga kecil di luar sana. Kami juga buka tawaran untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen.

“Ejen yang kami anggap macam ahli keluarga Rasa Rosz ini akan diajar cara berniaga bagi menjana keuntungan sekecil-kecil daripada RM168 sebulan, sampailah ke RM40,000 sebulan,” katanya pada pelancaran pes itu baru-baru ini yang dihadiri ramai golongan selebriti.

Rozita menambah, untuk meniaga produk makanan tidak sukar kerana jika sesuatu produk itu sedap dan halal, pembeli akan ulang membeli lagi.

“Produk makanan ni kalau sudah halal, sedap orang akan ulang tempahan dan tidak susah untuk menjual. Pes-pes ini boleh dimanipulasikan untuk pelbagai masakan, sebab itu kita namakan ia Ratu Tumis kerana ia merupakan bahan-bahan menumis.

“Kita punya perasa di Malaysia atau Asia ini selalunya kena ada masam iaitu asam pedas, sup yang penuh dengan halia dan bawang, pes gulai yang boleh dipelbagaikan dengan pelbagai masakan dan begitu juga dengan pes sambal,” terangnya tentang kelebihan produk Rasa Rosz.

Pengasas Ratu Tumis, Datuk Seri Rozita Ramelan

Tambah Rozita lagi, bahan-bahan sedia ada yang terdapat dalam setiap pes itu memudahkan pengguna untuk memasak segera tanpa perlu memikirkan mencari ramuan untuk bahan memasak.

“Pes gulai ini boleh digunakan untuk membuat kari ayam atau kambing, masak kurma, lontong dan segala masakan gulai di mana kandungannya memiliki rempah ratus seperti jintan manis, jintan putih, lada hitam, cili, bawang besar, bawang merah dan serai.

“Untuk pes sambal pula, kalau tidak ada bahan lain hanya ada ikan bilis, boleh guna pes ini dan cepat siap masakan.

“Bagi mereka yang rajin dan ingin menghasilkan ayam masak merah, boleh guna pes sambal ini juga. Begitu juga kalau hendak masak sardin tin, guna sahaja pes asam pedas di mana Pes Ratu Tumis ini sememangnya dapat menjimatkan masa,” katanya.

Sementara itu, Pes Ratu Tumis kini boleh didapati di 41 outlet AEON di seluruh Malaysia.

Pes ini juga turut boleh dibeli di Sogo, Shoppee dan Lazada. Selain Ratu Tumis, Rasa Rosz juga mengedarkan 50 produk halal dari Thailand.

Produk-produk tersebut antaranya Santan Ampawa, Thai Boy Tomyam Pes, bihun, pes kari hijau dan sos cili.

Selain mengetengahkan produk masakan Halal dan berkualiti di seluruh Malaysia, apa yang membanggakan Rozita apabila produk Ratu Tumis keluaran syarikatnya turut mendapat pengiktirafan di Asia Halal Brand Awards 2019 bagi kategori Bahan Masakan Terbaik.

Untuk mengetahui maklumat  atau membuat tempahan, orang ramai boleh melayari laman web www.rasarosz.com. – MalaysiaGazette