Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih belum memberikan tarikh pertemuan empat mata bersamanya.
Beliau yang baru tiba di ibu negara berkata pihaknya masih menunggu tarikh daripada Ismail Sabri untuk mengadakan pertemuan.