Home Seni Hidup Ras Adiba kahwin semula bekas suami

Ras Adiba kahwin semula bekas suami

Mohamed Azam Ali dan Ras Adiba Radzi.

KUALA LUMPUR – Bekas personaliti televisyen, Senator Datuk Ras Adiba Radzi kembali bergelar isteri orang.

Ras Adiba, 54, mengakui berkahwin semula dengan bekas suami, Mohamed Azam Ali buat kali kedua.

Majlis pernikahan yang berlangsung semalam itu diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur.

Ras Adiba yang juga Pengerusi Bernama mengenali suami sejak tahun 1986 ketika beliau masih bertugas di stesen TV3 dan mengakui jodoh mereka masih kuat.

Untuk rekod, beliau pernah berkahwin dengan Mohamed Azam Ali 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Ras Adiba pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu. – MalaysiaGazette