ALGIERS – Dua lelaki ditemui mati dalam pesawat Air Algerie yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Algiers pada hari Sabtu.
Direktorat Keselamatan Negara Algeria dalam satu kenyataan berkata, mayat lelaki masing-masing berusia 20 dan 23 tahun itu ditemui jam 5 pagi waktu tempatan dalam dalam pesawat milik syarikat penerbangan Air Algerie milik kerajaan, yang berada di landasan.
Siasatan telah dilancarkan untuk menentukan puncanya, tambah kenyataan itu.
Kedua-dua lelak itu dipercayai menyelinap masuk ke dalam pesawat dengan tujuan untuk sampai ke Eropah secara haram, lapor media tempatan.
Menurut laporan media, pesawat itu terbang dari Algiers ke Barcelona dan kemudian ke Dubai pada hari Jumaat.
Namun mayat itu ditemui semasa pesawat itu kembali ke Algeria. – Xinhua