SEOUL – Korea Utara melancarkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu balistik hari ini tetapi jenisnya tidak dapat dipastikan lagi.
Pelancaran itu dilakukan di kawasan pantai timurnya.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Staf Bersama Korea Selatan (JCS) dalam satu kenyataan ringkas.
Dalam beberapa mingg kebelakangan ini, Korea Utara telah menguji pelbagai peluru berpandu, termasuk peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) terbesarnya.
Wakil khas AS, Sung Kim bertemu rakan sejawatannya dari Korea Selatan dan Jepun, Kim Gunn dan Funakoshi Takehiro, di Seoul pada hari Jumaat untuk bersiap sedia menghadapi “semua kontingensi” di tengah-tengah isyarat Korea Utara sedang bersedia untuk menjalankan ujian nuklear buat kali pertama sejak 2017. – Reuters